Bersama Sejannah Travel

Umrah & Pelancongan Islamik

Sejannah Travel menawarkan pakej Umrah dan Pelancongan Islam yang tersusun, berilmu dan selamat. Kami bukan sekadar membawa anda ke destinasi, tetapi membimbing perjalanan ibadah dan pengalaman yang penuh makna.

Ibadah Menuju Baitullah

Pakej Umrah Lengkap Dengan Bimbingan

Kami bukan sekadar mengurus perjalanan ke Tanah Suci, tetapi membimbing setiap langkah ibadah anda dengan ilmu, pengalaman dan penuh tanggungjawab.

Bimbingan Berilmu & Berpengalaman

Setiap jemaah dibimbing oleh mutawwif berpengalaman dengan sesi kursus sebelum berangkat serta pengisian sepanjang berada di Makkah dan Madinah. Kami pastikan anda faham, bukan sekadar ikut.

Pengurusan Tersusun & Telus

Daripada urusan visa, tiket, penginapan hingga jadual ziarah — semuanya diurus secara profesional. Tiada caj tersembunyi, tiada janji kosong.

Fokus Keselesaan & Ketenangan Ibadah

Hotel berhampiran masjid, jadual tidak terlalu padat dan kumpulan bersaiz terkawal supaya setiap jemaah dapat beribadah dengan tenang dan selesa.

Sejannah Travel & Services

01.

Konsultasi

Berbincang tentang tarikh, pakej dan keperluan perjalanan anda.

02.

Perancangan

Kami uruskan tiket, visa, penginapan dan jadual ziarah.

03.

Perjalanan

Nikmati pengalaman Umrah / pelancongan dengan bimbingan profesional dan selesa.

04.

Pulang

Kembali dengan kenangan manis dan pengalaman berharga.

Travel & Tadabbur

Pelancongan Islam Bersama Kami

Kami membawa anda menjelajah dunia dengan pendekatan patuh syariah, menjaga solat, makanan halal serta pengisian rohani dalam setiap perjalanan.

Itinerari Patuh Syariah

Setiap perjalanan dirancang dengan menjaga waktu solat, pemilihan makanan halal dan aktiviti yang sesuai dengan nilai Islam.

Pengisian Ilmu & Sejarah

Kami bukan sekadar melancong. Di destinasi seperti Istanbul, Granada dan Jerusalem, peserta akan diberi penerangan sejarah dan ibrah untuk refleksi rohani.

Suasana Mesra Keluarga & Berjemaah

Trip sesuai untuk keluarga, pasangan dan warga emas dengan pendekatan santai, tersusun dan penuh adab.