Pelancongan Patuh Syariah

Pengalaman Percutian Mesra Muslim

Sejannah menawarkan pakej pelancongan mesra Muslim yang dirancang dengan teliti bagi memastikan keselesaan, kemudahan ibadah dan pengalaman perjalanan yang lebih tenang serta bermakna.

Mesir

Menghayati sejarah Islam dan kisah para nabi di bumi penuh keberkatan. Antara lokasi:

  • Cairo – ibu kota Mesir, pusat aktiviti ekonomi dan budaya Islam.
  • Al-Azhar Mosque – antara pusat pengajian Islam tertua di dunia.
  • Citadel of Saladin – kubu bersejarah dan masjid yang terkenal dengan seni bina Islam.

Uzbekistan

Negara kelahiran ramai ilmuwan Islam seperti Imam Bukhari dan Imam Tirmizi.

  • Samarkand – bandar bersejarah di Laluan Sutera.
  • Registan – dataran ikonik dengan seni bina Islam yang memukau.
  • Bukhara – pusat pengajian Islam suatu ketika dahulu.

Turki

Lawatan ke Istanbul, kota yang pernah menjadi pusat pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

  • Hagia Sophia – simbol keagungan sejarah Islam dan peralihan empayar.
  • Blue Mosque – masjid ikonik dengan seni bina luar biasa.
  • Topkapi Palace – tempat penyimpanan artifak penting peninggalan Rasulullah SAW.